Amaran ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri sehingga 5 petang

20 Dec 2025 • 2:54 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
MetMalaysia pada Sabtu mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan hingga jam 5 petang ini. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Sabtu mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan hingga jam 5 petang ini.

Menurut kenyataan MetMalaysia, cuaca buruk itu dijangka melanda Pahang melibatkan Jerantut, Bentong, Kuantan dan Pekan; Selangor (Gombak, Kuala Langat dan Hulu Langat); serta Jelebu di Negeri Sembilan.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Sarawak yang membabitkan Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu (Tatau dan Bintulu), Miri (Miri dan Marudi) serta Limbang.

Keadaan cuaca itu juga diramalkan melanda beberapa kawasan di Sabah, iaitu Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Kunak, Semporna dan Lahad Datu), Sandakan (Tongod, Kinabatangan dan Sandakan) serta Kudat (Kota Marudu). - Bernama

 

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved