Hujan bantu pulihkan kualiti udara, enam kawasan di Selangor catat IPU sederhana

LocalEnvironment
22 Sep 2026 • 5:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Hujan bantu pulihkan kualiti udara, enam kawasan di Selangor catat IPU sederhana

SHAH ALAM, 22 SEPT: Hujan yang turun semalam dan awal pagi tadi membantu memulihkan kualiti udara di Selangor dengan enam kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras sederhana setakat jam 5 petang ini.

Menurut data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), bacaan IPU di Shah Alam berada pada 84, Johan Setia (82), Petaling Jaya (81), Klang (71), Banting (68) dan Kuala Selangor (61).

Keadaan itu menunjukkan peningkatan kualiti udara selepas beberapa kawasan sebelum ini terjejas akibat jerebu.

Beberapa negeri lain turut mencatat bacaan IPU sederhana termasuk Negeri Sembilan, Johor, Sabah, Perak, Melaka, Pahang, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan juga merekodkan bacaan dalam kategori sama.

Sementara itu, keadaan berbeza direkodkan di Sarawak apabila beberapa kawasan mencatat IPU pada paras tidak sihat.

Sibu merekodkan bacaan tertinggi iaitu 175, diikuti Mukah dan Sri Aman masing-masing 172.

Sarikei pula mencatat 160, manakala Kuching dan IPD Serian masing-masing merekodkan bacaan 159.

Kawasan lain yang turut berada pada paras tidak sihat ialah Samarahan (155), Bintulu (154), Samalaju (153), ILP Miri (121) dan Kapit (104).

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, manakala 101 hingga 200 tidak sihat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved