
Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di Empat Negeri Hingga Awal Pagi Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan ramalan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang melibatkan empat negeri hingga jam 3 pagi ini.
Menurut METMalaysia, negeri yang terlibat adalah seluruh negeri perlis dan beberapa kawasan di Kedah, Sarawak serta Sabah.
“Di Kedah, kawasan yang terlibat adalah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar dan Yan.
“Manakala di Sarawak pula melibatkan Sri Aman, Sibu (Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit, Bintulu dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi).
“Beralih ke Sabah, kawasan yang terlibat adalah Pedalaman (Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau dan Kudat,” maklum kenyataan METMalaysia dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid0LwuxyRh4Jx6Xivn7RGYkscNwfsnFyt8Bj9YfAZiyCaxXwnhTbWZJhMCCWx5yS552l
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia
The post Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di Empat Negeri Hingga Awal Pagi Ini appeared first on Siakap Keli.

