Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di Empat Negeri Petang Ini

LocalEnvironment
15 Sep 2026 • 2:35 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di Empat Negeri Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat di empat negeri sehingga jam 5 petang ini.

Hujan Lebat Di Beberapa Negeri

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri diramal hujan seperti Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah.

"Di Kelantan, daerah yang diramal hujan adalah Pasir Puteh, Machang, Bachok, Kota Bharu, Pasir Mas dan Tumpat. Manakala di Terengganu hanya di Besut.

"Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan adalah Betong, Sarikei, Samarahan (Sebuyau, Simunjan, Gedong dan Asajaya), Kapit (Song dan Kapit), Sri Aman (Lingga, Pantu dan Sri Aman), Miri (Subis, Beluru dan Marudi), Mukah (Tanjung Manis), Sibu (Sibu dan Kanowit), Bintulu, Kuching (Lundu).

"Sementara di Sabah pula melibatkan Pedalaman (Keningau dan Tambunan)," maklum kenyataan itu.

Baca juga:

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.



Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved