Amaran ribut petir, hujan lebat di kebanyakan negeri

10 Aug 2025 • 9:28 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan negeri hingga 11 pagi ini. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan negeri hingga 11 pagi ini.

Dalam satu kenyataan, MetMalaysia memaklumkan negeri yang terlibat ialah Kedah iaitu di daerah Yan, Pendang, Kuala Muda dan Sik, serta beberapa kawasan di Pulau Pinang iaitu di barat daya dan barat laut negeri itu serta Seberang Perai Utara.

Keadaan cuaca sama turut diramalkan di beberapa kawasan di Perak iaitu di Kerian, Larut, Matang dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak manakala di Selangor pula melibatkan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.

Amaran tersebut turut membabitkan Wilayah Persekutan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau), Melaka, Johor (Tangkak) dan Sabah (Tawau dan Semporna). - Bernama

 

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved