Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, Putrajaya dan 8 negeri

LocalEnvironment
10 May 2026 • 6:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, Putrajaya dan 8 negeri
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda Kuala Lumpur, Putrajaya serta 8 negeri hingga 9 malam ini. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda Kuala Lumpur, Putrajaya serta lapan negeri hingga 9 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan cuaca buruk itu dijangka berlaku di seluruh Perlis dan kebanyakan kawasan di Kedah, iaitu Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling.

Keadaan cuaca yang sama dijangka melanda keseluruhan Perak, Selangor dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Temerloh dan Rompin).

Selain itu, amaran sama turut dikeluarkan bagi Johor (Segamat, Kluang dan Mersing) dan Sarawak melibatkan kawasan Kuching (Bau dan Kuching), Serian (Tebedu), Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong (Saratok), Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Kapit, Bintulu, Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.

Sementara itu, di Sabah kawasan terlibat ialah Pedalaman (Nabawan dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran), Tawau dan Sandakan (Tongod). - Bernama

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved