Waspada, Hujan Lebat Dijangka Badai 9 Negeri & 1 WP Hingga Petang Ini

LocalEnvironment
10 May 2026 • 2:23 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Waspada, Hujan Lebat Dijangka Badai 9 Negeri & 1 WP Hingga Petang Ini

Waspada, Hujan Lebat Dijangka Badai 9 Negeri & 1 WP Hingga Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang diramal akan melanda sembilan negeri dan satu Wilayah Persekutuan sehingga jam 5 petang ini.

Amaran tersebut dikeluarkan untuk seluruh kawasan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Manakala hujan lebat dan petir turut diramal berlaku di Perak yang melibatkan daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

Dalam pada itu, fenomena cuaca berkenaan juga diramal akan melanda kawasan Tumpat, Pasir Mas dan Tanah Merah di Kelantan.

Hujan lebat dijangka badai 9 negeri & 1 WP hingga petang ini

Manakala hujan lebat dan petir turut diramal berlaku di Pahang yang melibatkan daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong.

MetMalaysia melaporkan bahawa amaran yang sama dikeluarkan melibatkan kawasan Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat di Selangor.

Sementara itu, daerah Jelebu di Negeri Sembilan antara kawasan yang terlibat dalam amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang.

Beralih ke Johor, antara kawasan yang terlibat dalam amaran ini adalah Segamat, Kluang, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

METMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata hantaran itu.

Orang ramai diminta waspada

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Baca juga: