Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di Lima Negeri Hingga Awal Pagi Ini

LocalEnvironment
8 Sep 2026 • 10:19 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di Lima Negeri Hingga Awal Pagi Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat di lima negeri sehingga jam 1 pagi ini.

Beberapa Negeri Diramal Hujan Lebat

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri diramal hujan seperti Perak, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah.

"Di Perak, dua daerah diramal hujan seperti Kinta dan Kampar. Manakala di Kelantan pula melibatkan daerah Pasir Mas, Kota Bharu, Tumpat, Bachok, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh, Jeli dan Kuala Krai.

"Sementara di Terengganu, hanya daerah Besut yang diramal hujan hingga awal pagi ini.

"Beralih ke Sarawak, beberapa kawasan diramal hujan termasuk Miri (Telang Usan, Beluru, Subis dan Bario), Bintulu (Sebauh dan Bintulu), Limbang, Kapit (Belaga).

"Bagi Sabah pula, kawasan yang terlibat adalah Pantai Barat, Pedalaman (Tambunan, Membakut, Keningau, Beaufort, Sipitang, Tenom, Sook dan Pensiangan), Kudat (Kota Marudu)," maklum kenyataan itu.

Baca juga:

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.



Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved