Amaran ribut petir, hujan lebat di sembilan negeri

11 Nov 2022 • 3:12 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Amaran ribut petir dan hujan lebat yang dikeluarkan MetMalaysia sehingga jam 1.05 petang, Jumaat.

image is not available
Gambar hiasan - Foto 123RF

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan sembilan negeri, sehingga jam 1.05 petang, Jumaat.

MetMalaysia menerusi kenyataannya memaklumkan, negeri-negeri tersebut melibatkan kawasan di Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Sarawak dan Sabah.

Di Perak, kawasan yang terlibat ialah di Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim manakala di Pahang melibatkan Cameron Highlands, Lipis, Jerantut, Maran dan Bera.

**media[1979057]**

Sementara itu, di Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Miri (Miri dan Marudi) serta Limbang, manakala di Sabah kawasan yang terjejas ialah Pedalaman (Sipitang dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran) serta Tawau (Lahad Datu).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved