
Amaran hujan lebat berterusan dikeluarkan dibeberapa wilayah Pantai Timur bermula 10 malam ini.
Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh MET Malaysia, amaran hujan berterusan tahap Waspada itu dikeluarkan selepas terdapat beberapa tanda yang menunjukkan hujan lebat dijangka akan berterusan turun melebihi tempoh enam jam.
Antara kawasan Pantai Timur yang tersenarai adalah di Kelantan iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.
Manakala di negeri jirannya pula, Terengganu turut mencatatkan beberapa daerah seperti Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.
Kawasan-kawasan yang dinyatakan sebentar tadi berkemungkinan bakal mengalami hujan berterusan sehingga Sabtu, 12 November 2022. amaran tersebu dikeluarkan kira-kira pukul 10 malam tadi.
Penduduk yang tinggal di kawasan yang dinyatakan sebentar tadi wajarlah berwaspada dan bersiapsiaga atas segala kemungkinan.
Sumber: MET Malaysia via Facebook
The post Awas, Hujan Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan & Terengganu Sehingga 12 November appeared first on Siakap Keli.
