Amaran ribut petir, hujan lebat di sembilan negeri

21 Nov 2025 • 5:04 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan beberapa kawasan di sembilan negeri

SHAH ALAM – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan beberapa kawasan di sembilan negeri yang dijangka berterusan sehingga 8.00 malam ini.

Sembilan negeri yang terlibat ialah Perak, Terengganu, Pahang, Sarawak, Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan, selain beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia.

Di Perak, kawasan terjejas meliputi Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim. Manakala di Terengganu melibatkan Dungun dan Kemaman, dan di Pahang membabitkan Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.

Di Sarawak pula, amaran merangkumi kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong (Betong), Sibu, Mukah (Tatau, Dalat dan Mukah), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau) dan Limbang.

Sementara itu di Sabah, kawasan terlibat ialah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Sandakan dan Kudat, selain Wilayah Persekutuan Labuan.

MetMalaysia menasihatkan orang ramai untuk berwaspada terhadap risiko banjir kilat, pokok tumbang dan kerosakan struktur ringan susulan angin kencang yang sering mengiringi ribut petir.

Orang awam digesa memantau perkembangan semasa melalui laman web MetMalaysia, aplikasi myCuaca, serta media sosial rasmi agensi tersebut bagi mendapatkan maklumat terkini dan sahih.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved