Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di Tujuh Negeri - MetMalaysia

LocalEnvironment
17 Aug 2026 • 4:48 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di Tujuh Negeri - MetMalaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di tujuh negeri sehingga jam 7 malam ini.

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Sarawak dan Sabah.

Hujan Lebat Diramal

"Di Perak, kawasan yang diramal hujan adalah Bagan Datuk, Muallim, Hilir Perak, Batang Padang dan Larut Matang. Manakala di Kelantan pula melibatkan Jeli, Kuala Krai, Tanah Merah, Pasir Mas dan Tumpat.

"Selain itu, di Terengganu, kawasan yang terlibat seperti Besut dan Setiu. Sementara itu di Pahang pula hanya daerah Cameron Highlands.

"Bagi negeri Selangor, ia meliputi daerah Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.

"Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan termasuk Kuching, Samarahan, Serian, Kapit, Sri Aman (Lubok Antu), Mukah (Mukah, Dalat dan Matu), Bintulu, Miri (Marudi).

"Bagi Sabah pula di Sandakan, Tawau (Lahad Datu), Pedalaman (Pensiangan, Sipitang dan Tenom)," maklum kenyataan itu.

Baca juga:

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved