Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Di Kebanyakan Negeri Petang Ini

LocalEnvironment
15 Oct 2026 • 4:12 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Di Kebanyakan Negeri Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat di 10 negeri dan 1 Wilayah Persekutuan sehingga jam 6 petang ini.

Menurut kenyataan itu, amaran dikeluarkan terhadap beberapa daerah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak, Sabah dan seluruh negeri Perlis, Johor.

Beberapa Negeri Diramal Hujan Lebat

"Di Kedah, daerah yang diramal hujan adalah Baling, Sik, Kuala Muda, Kubang Pasu, Padang Terap, Langkawi, Kulim, Bandar Baharu, Kota Setar dan Pokok Sena. Manakala di Pulau Pinang seperti Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Utara.

"Selain itu di Perak melibatkan kawasan Selama, Larut Matang, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang, Muallim dan Kerian. Terengganu pula Kemaman dan Dungun.

"Di Pahang termasuk Rompin, Kuantan dan Jerantut. Negeri Sembilan melibatkan kawasan Tampin, Port Dickson, Rembau, Kuala Pilah dan Jempol. Sementara di Johor hanya daerah Segamat.

"Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan adalah Sarikei, Mukah, Kuching (Kuching), Sibu, Kapit (Song), Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Miri dan Marudi), Limbang, Serian, Sri Aman (Pantu).

"Di Sabah melibatkan Pedalaman (Keningau, Membakut, Beaufort, Sipitang, Tambunan, Kuala Penyu, Pensiangan dan Tenom), Kudat, Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Paitan dan Kinabatangan)," maklum kenyataan itu.

Baca juga:

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved