9 Negeri, 1 Wilayah Diramal Hujan Lebat Malam Ini

LocalEnvironment
15 Oct 2026 • 6:44 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

9 Negeri, 1 Wilayah Diramal Hujan Lebat Malam Ini

Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang diramal melanda sembilan negeri dan satu Wilayah Persekutuan sehingga jam 9 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa amaran itu membabitkan seluruh negeri Perlis dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Selain itu, beberapa daerah di Kedah juga terlibat iaitu di Kubang Pasu, Padang Terap, Kota Setar, Pokok Sena, Pendang, Sik, Yan dan Baling.

Di Perak pula, kawasan Selama, Larut Matang, Hulu Perak, Kerian, Manjung, Perak Tengah, Hilir Perak dan Bagan Datuk dijangka terlibat.

Amaran turut membabitkan Tanah Merah, Jeli, Kuala Krai, Machang dan Gua Musang di negeri Kelantan.

Manakala, di Terengganu hanya daerah Hulu Terengganu yang terlibat.

Baca juga:

Di Pahang pula, cuaca buruk itu dijangka berlaku di Jerantut, Maran, Bera, Temerloh, Bentong dan Lipis.

Bagi Negeri Sembilan, hujan diramal di Jempol, Jelebu, Kuala Pilah, Rembau, Seremban dan Port Dickson.

Beralih ke Sarawak, amaran melibatkan kawasan Limbang, Mukah (Mukah), Sibu (Selangau dan Kanowit), Bintulu (Tatau dan Sebauh), Sarikei (Julau, Pakan dan Sarikei), Betong, Sri Aman (Lingga), Kuching (Kuching).

Sementara itu, di Sabah pula membabitkan Kudat, Pantai Barat, Pedalaman, Sandakan (Telupid, Paitan dan Labuk & Sugut).

Hujan Lebat Malam Ini

Image from: 9 Negeri, 1 Wilayah Diramal Hujan Lebat Malam Ini

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," kata MetMalaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved