Amaran Tsunami Dikeluarkan Susulan Gempa Kuat Di Filipina

10 Oct 2025 • 10:53 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Amaran Tsunami Dikeluarkan Susulan Gempa Kuat Di Filipina

Gempa bumi yang berkekuatan 7.4 magnitud di selatan Filipina pada Jumaat telah mencetuskan amaran ‘tsunami pemusnah’ di pantai Pasifik negara itu, lapor AFP.

Amaran itu telah dikeluarkan oleh Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina dalam satu kenyataan selepas gempa.

“Tsunami yang memusnahkan dijangka berlaku dengan ketinggian ombak yang mengancam nyawa.

“Penduduk pantai di kawasan ini dinasihatkan untuk segera berpindah ke kawasan yang lebih tinggi atau bergerak lebih jauh ke pedalaman,” kata institut itu.

Gempa bumi kuat itu berlaku kira-kira 20 kilometer (12 batu) dari Manay di wilayah Mindanao pada 9:43 pagi waktu tempatan.

Bagaimanapun, tiada laporan mengenai kerosakan atau kemalangan jiwa setakat ini.

Gempa itu berlaku hanya 11 hari selepas gempa bumi berukuran 6.9 magnitud mengorbankan 74 orang dan memusnahkan kira-kira 72,000 rumah di pulau tengah Cebu.

https://x.com/phivolcs_dost/status/1976467098210877562

Maklumat lanjut akan menyusul.

Sumber: AFP