Amat membanggakan! Video keselamatan MAS tonjol perpaduan & budaya Malaysia – Aaron Ago

28 Sep 2025 • 9:37 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang, menyifatkan video keselamatan baharu Malaysia Airlines (MAS) sebagai membanggakan dan berjaya memperlihatkan identiti Malaysia kepada dunia.

“Inilah wajah Malaysian Hospitality yang sebenar. Video ini bukan sahaja menyampaikan mesej keselamatan, malah turut meraikan kekayaan kepelbagaian budaya kita dan menonjolkan perpaduan Malaysia di mata dunia,” katanya.

image is not available

image is not available

Video keselamatan MAS tonjol perpaduan

image is not available

image is not available

Aaron menegaskan bahawa tiada tandingan seperti Malaysia, sebuah negara yang kaya dengan warisan kepelbagaian, dan perpaduan adalah kekuatan sebenar negara.

Beliau berkata usaha MAS yang menampilkan kepelbagaian budaya dan etnik di dalam video keselamatan ini merupakan satu cara yang baik untuk memperlihatkan keharmonian rakyat Malaysia kepada dunia.

image is not available

Beliau turut menyambut baik inisiatif MAS yang terus mengangkat nama Malaysia dengan penuh kebanggaan.

image is not available

Menurut Aaron, usaha seperti ini bukan sahaja menekankan aspek keselamatan penumpang, tetapi juga memberi penghargaan terhadap warisan budaya negara dan memperkukuh imej Malaysia sebagai sebuah negara yang inklusif dan bersatu.

Video keselamatan baharu itu menampilkan pelbagai elemen budaya tempatan, termasuk pakaian tradisional dan interaksi mesra antara kru dan penumpang, yang menggambarkan keharmonian rakyat Malaysia.