Amazfit Bip 5 Boleh Dibeli Di Malaysia Pada Harga RM329

TechnologyDigital
2 Aug 2023 • 12:03 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Amazfit Malaysia hari ini mengumumkan seutas lagi peranti boleh pakai baharu iaitu Bip 5 yang sesuai untuk kegunaan harian. Dijual pada RM329, ia boleh dibeli sekarang menerusi pengedar rasmi Amazfit di seluruh Malaysia. Ia bagaimanapun masih boleh dimiliki dengan harga lebih rendah RM319, namun promosi terhad untuk pembelian di antara tarikh 3-5 Ogos 2023.

image is not available

Amazfit Bip 5 didatangkan dengan skrin TFT sesentuh sebesar 1.91-inci yang juga menyokong resolusi 320 X 380 piksel. Ini digabungkan lagi dengan kerangka plastik bersama kaca 2.5D yang dikatakan tahan kotoran cap jari. Bukan itu sahaja, peranti juga menggunakan tali jenis silikon yang boleh didapati dalam tiga pilihan warna, iaitu hitam, putih dan merah jambu.

image is not available

Pelbagai ciri kesihatan serta kecergasan standard yang merangkumi pemantauan kadar jantung, pola tidur, SpO2, tekanan harian dan lebih 120 mod sukan terbina turut disertakan. Ia juga dilengkapi mikrofon dan pembesar suara terbina yang boleh digunakan untuk panggilan bluetooth. Bateri 300mAh digunakan pula boleh bertahan sehingga 10 hari penggunaan biasa.