Huawei Watch Fit Istimewa, jam terbina GPS dengan sensor Truseen dan Trusleep dipertingkat

Digital
2 Aug 2023 • 1:40 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Jika anda mencari jam pintar dengan GPS terbina di dalam pada harga mampu milik, anda boleh menyemak tawaran terbaru Huawei. Baru-baru ini, Huawei Malaysia mengumumkan ketibaan jam pintar Huawei Watch Fit Special Edition (SE). Ia mengekalkan rupa seperti Watch Fit lama dengan sedikit naik taraf.

Harga dan Promosi Huawei Watch Fit SE

Huawei akan mula menjual Huawei Watch Fit Se di Malaysia pada 8 Ogos 2023, sempena jualan super 8.8 yang akan berlangsung pada hari tersebut. Tetapi tempahan awal telah dibuka sekarang yang menyediakan diskaun sangat menarik.

image is not available

Harga rasmi untuk Huawei Watch Fit SE di Malaysia adalah RM399. Tempahan awal yang diadakan sehingga 7 Ogos, memberi diskaun sebanyak RM120, menjadikan harganya serendah RM279 sahaja. Tawaran tempahan awal ini terdapat di Stor Online Huawei Malaysia, serta di Stor Rasmi Huawei di Lazada dan Shopee.

Spesifikasi Huawei Watch Fit SE

Saiz dan rupa Huawei Watch Fit SE tidak banyak berubah daripada Watch Fit lama. Ia dilengkapi skrin AMOLED empat segi seluas 1.64-inci, dengan resolusi 456×280. Saiz tali jam juga serupa, untuk pergelangan tangan 130-210mm.

image is not available

Seperti jam pintar lain, muka jam Huawei Watch Fit SE boleh ditukar kepada ribuan rupa berbeza. Ia boleh dimuat turun secara percuma atau berbayar. Warna jam pula terdapat dalam tiga pilihan, antara hitam, merah jambu dan hijau.

Untuk kecergasan, Huawei Watch Fit SE menyokong hampir 100 mod sukan, termasuk sukan menggunakan raket dan sukan berkaitan salji. Ia juga menambah mod sukan baru seperti bola sepak, berakit dan e-Sports, dengan mengumpul data seperti degupan jantung dan kalori untuk pemantauan kecergasan diri.

image is not available

Lebih baik lagi, Huawei Watch Fit SE memiliki GPS terbina di dalam. Ini memudahkan pemantauan lokasi sewaktu aktiviti kecergasan, tanpa perlu membawa telefon bersama. Ia juga kalis air 5 ATM dan boleh digunakan semasa berenang dan aktiviti lasak.

Naik taraf pada Huawei Watch Fit SE adalah teknologi pengesan degupan jantun Truseen 5.0, pemantau waktu tidur TruSleep 3.0 dan penambahan ciri pengurusan tekanan perasaan TruRelax. Gabungan sensor ini boleh memberikan data berguna untuk pengguna mendapatkan maklumat asas tentang diri mereka dalam pelbagai aktiviti seharian.

image is not available

Di samping itu, terdapat juga ciri pintar yang boleh digunakan di Huawei Watch Fit SE, seperti menolak panggilan telefon, membalas mesej ringkas, mengawal pemain muzik dan alat kawalan jauh kamera. Pengguna juga boleh membaca pelbagai mesej dan notifikasi yang masuk di skrin jam tanpa mengeluarkan telefon.

Hayat bateri Huawei Watch Fit SE juga panjang. Ia boleh digunakan sehingga 9 hari maksimum, atau sehingga 6 hari dalam penggunaan biasa. Jika skrin hidup sepanjang masa, ia boleh bertahan sehingga 3 hari.

image is not available

Huawei Watch Fit SE boleh berhubung ke telefon pintar yang menjalankan sistem operasi Android 6.0 ke atas, atau iOS 9.0 ke atas. Ia boleh disambung ke aplikasi Huawei Health yang boleh dimuat turun di Huawei AppGallery atau Apple Appstore.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Huawei Watch Fit SE.

Bacaan Berkaitan