Amazfit Cheetah Pro: Gabungan rekaan minimalist dan spesifikasi tinggi dalam satu pakej

Digital
23 Jun 2023 • 4:30 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Amazfit telah mengumumkan dua produk dalam keluarga Performance mereka iaitu:

  • Amazfit Cheetah Pro
  • Amazfit Cheetah

Daripada segi rupa paras, Cheetah Pro lebih nampak seperti jam tangan gaya hidup. Contoh produk yang berada dalam kategori gaya hidup adalah barisan Amazfit GTR dan Amazfit GTS. Walaubagaimanapun, spesifikasi teknikal yang dimilikinya lebih mirip kepada jam tangan kegunaan lasak seperti siri T-Rex.

image is not available

Gabungan dua alam inilah yang mungkin dijadikan batu asas kepada siri Cheetah ini.

image is not available

image is not available

Spesifikasi Amazfit Cheetah Pro

Amazfit Cheetah Pro adalah model berspesifikasi paling tinggi dalam kalangan yang dilancarkan. Rekaannya minimalistik berbanding T-Rex yang garang. Pada Cheetah Pro, badan jamnya lebih ringkas tanpa sebarang penjenamaan yang ketara. Namun, seperti yang dikatakan tadi, spesifikasinya setaraf Amazfit T-Rex.

image is not available

Amazfit Cheetah Pro memiliki paparan sebesar 1.45″. Resolusi panel ini adalah 480p denganb tahap kepadatan 331ppi. Panel ini mempunyai tahap kecerahan sehingga 1,000 nits yang jadikannya tiada masalah untuk dilihat di bawah cahaya matahari.

image is not available

Antara ciri pintar yang boleh anda temukan pada jam tangan ini adalah sokongan pembantu maya Amazon Alexa. Ia juga menyokong arahan suara walaupun tidak bersambung kepada Internet untuk menjalankan arahan-arahan ringkas.

image is not available

Storan yang terbina di dalamnya seluas 2.3GB boleh digunakan untuk menyimpan muzik ataupun peta penjejak untuk digunakan kemudian. Terdapat juga mikrofon dan speaker pada Amazfit Cheetah Pro untuk anda menjawab panggilan telefon terus di pergelangan tangan anda.

Untuk sensor penjejakan, Amazfit Cheetah Pro dilengkapi BioTracker PPH, Akselerometer, Giroskop, Geomagnetik, Barometrik, dan sensor satelit penjejakan. Sensor satelit pada jam ini mengguna pakai antena keliling yang mampu menerima isyarat dwirangkaian daripada 6 satelit serentak.

image is not available

Bila ingin lakukan aktiviti kesihatan, ia menyokong lebih daripada 150 jenis sukan daripada joging, larian atas mesin threadmill, triathlon, HIIT, dan banyak lagi. Seandainya anda terlupa untuk mulakan penjejak di jam, ia cukup pintar untuk mengenal 25 jenis senaman dan mula menjejaknya secara automotik.

Untuk berhubung, ia menggunakan sambungan Bluetooth 5.3 ataupun Wi-Fi 4. Jam tangan ini memiliki bateri 440mAh dan iiklankan boleh mencapai hayat guna sehingga 14 hari lamanyadi bawah penggunaan kasual.

image is not available

Buat masa ini, Amazfit Cheetah Pro diawarkan dalam pasaran A.S pada harga USD300 (RM1,402). Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanju.

image is not available