Amazfit GTR Mini Dengan GPS Dan Bateri 14 Hari Rasmi Di Malaysia Pada RM599

TechnologyDigital
15 Mar 2023 • 5:34 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Selepas harga jualan tertiris lebih awal sebelum ini, Amazfit akhirnya mengumumkan ketersediaan GTR Mini di Malaysia secara rasminya pada hari ini. Kalau diikutkan, ia menjadi jam tangan pintar dengan penjenamaan Mini yang pertama dalam siri Amazfit GTR. Dalam masa sama, turut menjadi variasi yang bersaiz kecil berbanding yang sedia ada.

image is not available

Bagi yang berminat, GTR Mini dijual di Malaysia pada RM599 seutas menerusi pengedar sah Garmin di seluruh Malaysia, sama ada secara dalam atau luar talian. Menariknya ia juga boleh dimiliki dengan harga promosi serendah RM579 secara eksklusif di Shopee selama tiga hari bermula 17 Mac akan datang dengan kad Starbucks bernilai RM20 yang diberi secara percuma.

image is not available

Seperti model Amazfit GTR yang lain, ia juga dilengkapi kerangka muka jam berbentuk bulat yang kemudiannya digabungkan dengan tali silikon lembut mesra kulit. Skrin adalah sebesar 1.28-inci AMOLED HD beresolusi 416 X 416 piksel yang juga menyokong kepadatan piksel 326 PPI. Ia juga mempunyai pelbagai sensor kesihatan dan kecergasan terbina yang boleh memantau kadar degupan jantung, tahap tekanan masa nyata, pola waktu tidur dan lain-lain.

image is not available

Bukan itu sahaja, terdapat juga lebih mod 120 mod sukan terbina dengan ciri pengesanan secara automarik yang disertakan. Sebagai tambahan ia juga disertakan dengan sistem penentu kedudukan 5 satelit untuk aktiviti luar dan melepasi tahap kalis air 5ATM yang memberi manfaat pada sukan air.

image is not available

Bateri 280mAh yang disertakan pula boleh bertahan hingga 20 hari dengan mod penjimatan bateri, 14 hari untuk penggunaan biasa dan 7 hari apabila digunakan secara ekstrem.