Amazfit Helio Ring Kini Di Malaysia Dengan Harga RM999

TechnologyDigital
23 Sep 2024 • 6:21 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Amazfit Helio Ring akhirnya ditawarkan secara rasmi di Malaysia pada hari ini. Harga jualan adalah RM999 dengan pemberian hadiah percuma berupa bantal iLatex (bernilai RM199). Anda yang berminat boleh mendapatkannya melalui pengedar sah Amazfit di seluruh Malaysia.

image is not available

Daripada segi rekaan luaran, cincin ini cukup kemas dan ringkas. Ia boleh dilihat menerusi rekaan tubuh yang dihiasi warna perak berkilauan bersama sensor kecil di bahagian dalam. Ini bermakna ia turut boleh dipakai untuk memantau dan mengesan pelbagai aspek kesihatan serta kecergasan.

Antaranya seperti kadar denyutan jantung, paras oksigen dalam darah dan keadaan emosi menggunakan sensor EDA. Dengan pengesanan HRV (Heart Rate Variability) pula, ia boleh mengenal pasti perubahan emosi dari semasa ke semasa. Selain turut membantu dalam mendapatkan tidur yang lena dan berkualiti saranan yang sepatutnya daripada pembantu kesihatan Zepp Aura yang dikuasai AI.

image is not available

Sama ada dipakai begitu sahaja atau digandingkan bersama jam tangan, pengguna dikatakan boleh sahaja mendapat laporan komprehensif untuk data kesihatan masing-masing. Penggunaan bersama aplikasi ZEPP sudah tentulah amat disarankan untuk pengalaman lebih baik bersama ketersediaan laporan data yang lebih efisien. Akhir sekali bateri disertakan mampu beroperasi hingga empat hari di samping kalis air 10ATM yang mampu bertahan pada kedalaman air sehingga 100 meter.