Amazfit T-Rex Ultra Kini Di Malaysia Pada Harga RM1899

TechnologyDigital
15 May 2023 • 12:11 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Jam tangan pintar tahan lasak Amazfit T-Rex Ultra yang dilancarkan pada dua bulan lalu kini tiba ke pasaran Malaysia. Jam ini bukan setakat tahan lasak biasa tetapi didakwa menggunakan teknologi tentera daripada perkakasan sehinggalah ke perisian seperti ciri dan fungsi penjejakan, pemantauan dan GPS.

image is not available

Jam ini disasarkan kepada mereka yang aktif dengan sukan lasak di luar seperti terjun udara, ski, berendam dalam kolam dan banyak lagi. T-Rex Ultra menyokong perlindungan air 30 meter 10ATM, ciri menyelam, senaman pernafasan, dan ketahanan bateri berpanjangan dengan dakwaan 20% boleh bertahan satu minggu.

image is not available

GPS pada jam ini turut boleh memaparkan arah kiblat dan menjanjikan penjejakan lokasi yang lebih tepat. Menariknya dengan Zepp OS 2.0 pengguna boleh memuat turun banyak aplikasi seperti GoPro, memuat turun peta dan banyak lagi.

Jam ini hadir dengan rekaan seakan G-Shock dengan ciri seakan Apple Watch Ultra pada harga jauh lebih murah. Amazfit T-Rex Ultra akan dijual pada harga RM1899 bermula 18 Mei ini.

image is not available