T-Rex Ultra, penjejak aktiviti paling canggih Amazfit ditawarkan pada RM1,899

15 May 2023 • 4:37 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Amazfit memperkenalkan satu jam tangan baharu dalam siri T-Rex. Amazfit T-Rex Ultra adalah yang paling teguh dan yang paling sarat spesifikasi berbanding T-Rex sedia ada, malahan berdasarkan helaian spesifikasi ia nampak seperti berada dalam kategorinya yang tersendiri.

image is not available

Antara perkara yang membuatkannya teguh adalah seperti bingkai diperbuat daripada keluli tahan karat 316L. Butang-butang fizikal, empat semuanya, yang terletak di sekeliling badannya juga direka khas untuk kalis lumpur dan air. Amazfit T-Rex Ultra kalis air sehingga 10 ATM.

image is not available

Ciri utama yang ingin diketengahkan pengeluarnya adalah kebolehan Amazfit T-Rex Ultra digunakan sebagai aksesori menyelam. Ia dikatakan memenuhi piawaian EN13319 & ISO6245 iaitu paiwaian antarabangsa untuk aksesori menyelam.

image is not available

Seperti baisa, siri T-Rex ada sistem penjejak satelit yang jitu kerana T-Rex Ultra mampu menerima isyarat L1 dan L5 disamping sokongan sehingga 6 jenis sistem satelit penjejak global. Apabila mengembara di luar sana, ada fungsi peta luar talian yang boleh dimuat naik daripada aplikasi Zepp ke dalam telefon untuk bantu anda bernavigasi di luar sana. Fungsi navigasi sebegini berguna untuk anda pergi ke titik yang ingin dituju ataupun apabila sesat, kembali ke titik tempat anda mulakan perjalanan.

image is not available

Hayat bateri sewaktu GPS digunakan adalah sehingga 10 jam lamanya. Untuk kegunaan kasual, ia boleh pergi sehingga 20 hari ataupun dalam mode jimat bateri, sehingga 25 hari. Kapasiti bateri yang dimilikinya adalah 500mAh.

image is not available

Mempunyai Bluetooth 5.2, jam tangan ini boleh ditambat pada aksesori tambahan seperti fon putik, tali pinggang kecergasan, dan meter kuasa basikal.

Di bahagian muka, Amazfit T-Rex ada panel paparan AMOLED 1.39" beresolusi 454p berkecerahan maksimum 1,000 nits. Ia berfungsi seperti semua penjejak kesihatan Amazfit lain. Ia mampu menjejak 162 jenis aktiviti dengan 33 daripada boleh dijejak secara automatik. Maklumat aktiviti boleh dikongsikan kepada platform pihak ketiga seperti Strava, Adidas Running, Relive, Google Fit, dan Apple Health.

image is not available

Ia juga boleh menjejak tahap kesihatan jantung seperti kadar denyutan, kepekatan oksigen dalam darah, dan juga paras tekanan. Apabila dipakai tidur, ia boleh mejejak kualiti tidur anda seperti kitaran RAM, tidur siang, kualiti pernafasan sewaktu tidur, dan banyak lagi.

Amazfit T-Rex Ultra akan mula dijual 18 Mei 2023 pada harga RM1,899 anda boleh pergi ke laman rasmi Amazfit di Lazada dan Shopee untuk melihat entri jualan mereka.

image is not available