Amazon Akan Mengaktifkan “AWS Region” Di Malaysia Pada 2024

TechnologyDigital
2 Nov 2023 • 2:54 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Lanjutan daripada pelaburan sebanyak RM25.5 bilion oleh Amazon di Malaysia sebelum ini, kini ia dikongsikan rantau AWS di Malaysia akan aktif pada 2024. Dengan langkah ini, ia sekaligus akan memberikan kerajaan, syarikat, perusahaan, pembangun dan sebagainya untuk membangunkan pelbagai aplikasi dan penawaran web mereka dengan memilih pusat data AWS yang terletak di Malaysia.

AWS Region ini juga akan membolehkan pelbagai data berkaitan disimpan di Malaysia – dan pada masa yang sama menawarkan kadar pendam rendah untuk perkhidmatan yang digunakan dalam negara.

Pada hari ini, AWS sedia mempunyai sejumlah rakan kerjasama tersendiri, termasuk Pos Malaysia, Petronas, Bank Islam, dan ramai lagi.