Operasi FoodPanda Di Malaysia Mungkin Dijual Seawal Disember 2023

TechnologyDigital
2 Nov 2023 • 1:49 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Delivery Hero sedia menyatakan ingin menjual sebahagian perniagaan Asia, termasuk di Malaysia. Lanjutan daripadanya, kini mengikut laporan NST, ia dikatakan operasi FoodPanda di Malaysia mungkin dijual seawal bulan Disember 2023 ini – iaitu bulan hadapan.

Pihak FoodPanda tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan hal ini buat masa ini. Mengikut desas-desus awal, antara pihak yang berpotensi membeli perniagaan FoodPanda di Malaysia adalah Grab, dan mungkin mengintegrasikan ia bersama GrabFood.

image is not available

Delivery Hero sebelum ini menyatakan ingin menjual perniagaan FoodPanda di rantau ini, yang mana bukan sahaja di Malaysia, tetapi beberapa negara lain sekali – termasuk Singapura, Thailand dan beberapa yang lain. Laporan sebelum ini menyatakan nilai jualan FoodPanda mungkin mencapai hampir RM5 bilion.

Sekiranya benar Grab mengambil-alih, ia akan membuatkan GrabFood mendominasi pasaran penghantaran makanan – dan mungkin hanya perlu bersaing dengan beberapa pesaing lain yang kecil, termasuk ShopeeFood.