Amazon Alexa Kini Dikuasakan Dengan AI Generatif

TechnologyDigital
21 Sep 2023 • 12:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dalam beberapa ujian yang dilakukan Google Assistant adalah pembantu maya terbaik dengan Sasmung Bixby di tangga kedua diikuti oleh Amazon Alexa dan Siri. Menyedari hakikat ini semalam Amazom melancarkan beberapa produk speaker pintar Echo baharu mereka dengan Alexa yang dipertingkatkan degan kemampuan kecerdasan buatan (AI) generatif.

Bukan itu sahaja, peranti berhubung Amazon Echo yang ada kamera kini boleh membaca gerak-geri tubuh pengguna, tatapan mata dan gestur tangan untuk Alexa memberi maklum balas yang lebih sesuai. Alexaturut boleh terus memberi maklum balas dengan pengguna terus memberi arahan tanpa menyebut “Alexa”. Ini adalah sama dengan kemampuan Assistant dan Siri pada waktu ini.

image is not available

Tidak dinafikan, ini adalah satu kemas kini yang menarik. AI seakan ada perasaan dan boleh mengenalpasti gerak-geri pengguna untuk memberi maklum balas yang sesuai. Adakah suatu hari nanti robot AI dalam filem The Creator akan menjadi realiti? Apa kata anda?