Amazon kini memaklumkan para pembangun aplikasi, yang mana gedung aplikasi untuk Android mereka, iaitu Amazon AppStore akan ditamatkan pada 20 Ogos 2025 ini. Sebab utama disebalik penamatan ini tidak dinyatakan.

Untuk makluman, Amazon AppStore telah ditawarkan sejak tahun 2011 yang lepas. Sejak pengenalan, mereka telah menawarkan gedung aplikasi mereka untuk pengguna Android, selain turut bekerjasama dengan BlackBerry untuk menyokong aplikasi Android melalui gedung aplikasi mereka pada Blackberry 10. Selain itu, Amazon juga turut menyertakan AppStore untuk Windows 11, membolehkan pengguna Windows untuk memasang aplikasi Android dengan mudah.
Sebelum ini, Amazon telah menyatakan akan menamatkan sokongan untuk Windows berkuat-kuasa Mac 2025 ini, dan kini ia turut diumumkan penamatan untuk Android berkuat-kuasa 20 Ogos 2025.
Melalui halaman sokongan, Amazon menyatakan gedung aplikasi mereka akan terus boleh digunakan pada Fire TV dan Fire Tablet buat masa ini.


