Apple sebelum ini sedia menawarkan perkhidmatan Apple Music kepada pengguna Android. Selain itu, kini Apple turut memperluaskan perkhidmatan Apple TV untuk pengguna Android seluruh dunia.

Bermula hari ini, pengguna peranti Android, termasuk telefon, dan tablet boleh memuat-turun aplikasi Apple TV, dan seterusnya melanggan untuk menonton sejumlah kandungan terus melaluinya. Dengan langkah ini, pengguna peranti Android turut boleh menikmati kandungan yang diterbitkan pada perkhidmatan penstriman Apple, dan tidak lagi hanya terhad kepada pengguna peranti Apple sahaja.
Perkhidmatan penstriman Apple TV+ telah dilancarkan sejak 1 November 2019 lepas, menyertakan sejumlah siri-TV dan filem eksklusif melaluinya. Di Malaysia, ia ditawarkan pada harga langganan RM29.90 sebulan. Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi Apple TV ini melalui Google Play Store hari ini.
