Amazon Dan Google Akan Mempunyai Pegangan Sekitar 28% Pada Anthropic Pasca IPO

TechnologyBusiness & Finance
17 Nov 2026 • 10:25 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Amazon dan Google merupakan antara yang melabur awal pada syarikat kecerdasan buatan Anthropic sebelum ini, dan kini dengan Anthropic ingin melakukan penyenaraian awam, kedua-dua syarikat teknologi gergasi ini turut dijangka akan menerima pulangan besar.

Image from: Amazon Dan Google Akan Mempunyai Pegangan Sekitar 28% Pada Anthropic Pasca IPO

Mengikut laporan Bloomberg, Amazon dan Google akan mempunyai pegangan berjumlah sekitar 28% pasca penyenaraian awam oleh Anthropic tidak lama lagi. Amazon dikatakan akan mempunyai pegangan hampir 15% pada Anthropic, sementara Google pula hampir 14%.

Anthropic dijangka akan didagangkan seawal minggu ini, dimana akan menyaksikan buat julung kalinya penerimaan pasaran terhadap syarikat memfokuskan kecerdasan buatan sepenuhnya. Anthropic dijangka dinilaikan sehingga mencapai $1.4 trilion.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved