
Amazon sedia popular dengan penawaran gedung jual-beli yang menghubungkan para pembeli dan penjual. Terbaru, ia dilaporkan Amazon sedang dalam perancangan untuk hadir dengan sebuah gedung khusus untuk industri penerbitan, membolehkan para penerbit untuk menawarkan dan menjual kandungan kepada firma dan syarikat kecerdasan buatan.
Seperti ramai sedia maklum, pelbagai model kecerdasan buatan memerlukan kandungan untuk melatihnya, dan dengan penawaran ini, ia akan membolehkan firma dan syarikat AI mendapotkan kandungan secara sah – serta pada masa yang sama menguntungkan para penerbit kandungan.
Amazon dijangka mengumumkan penawaran ini dalam masa terdekat, berkemungkinan pada acara AWS yang dijadualkan pada minggu ini. Selain Amazon, pihak Microsoft turut sedang membangunkan penawaran lebih kurang sama untuk memudahkan pelesenan kandungan.


