Amazon Sedang Membangunkan Vaksin Kanser

WorldTechnologyDigitalSpace
12 Jul 2022 • 11:39 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Amazon yang terkenal sebagai laman edagang, kini memaklumkan mereka sedang membangunkan vaksin untuk kanser, dan bekerjasama dengan pihak Fred Hutchinson Cancer Research Center. Malah, mereka telah turut menerima pengesahan pihak berkuasa di Amerika Syarikat untuk memulakan ujian klinikal.

image is not available

Amazon dilihat sedang mencari sekitar 20 peserta untuk menyertai ujian klinikal ini, dan lebih menyasarkan untuk merawat barah payu dara dan juga melanoma.

Amazon sedia mempunyai kepakaran dari segi saintifik dan juga pembelajaran mesin dalam merawat serta membangunkan vaksin atau rawatan yang diperibadikan mengikut pesakit dan juga jenis kanser.

Buat masa ini, ia masih pada peringkat awal, dan tidak diketahui lagi bilakah kita akan melihat hasil daripada ujian rawatan ini. Proses keseluruhan dijangka akan mengambil masa beberapa tahun.

Apa pun, ia agak menarik untuk melihat syarikat teknologi turut menceburi arena kesihatan dan merawat penyakit. Amazon sendiri kini memfokuskan kepada arena tersebut, termasuk melalui penyediaan farmasi atas-talian dan beberapa khidmat kesihatan lain.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved