“Izinkan saya ‘topup’ balik” – Terpaksa Guna Duit Raya Anak, Lelaki Dedah Pernah Dibantu Adibah Noor

Entertainment
20 Jun 2022 • 10:08 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pemergian selebriti versatil, Adibah Noor pada 18 Jun lepas sememangnya mengejutkan ramai pihak termasuklah rakan artis dan juga peminat akibat kanser ovari.

Ini kerana, arwah yang berusia 52 tahun tidak pernah sekali pun menunjukkan sisinya yang sedang mengalami sakit secara ‘public’ malah walaupun setelah mendapatkan rawatan kemoterapi, dirinya dilihatkan masih lagi aktif.

Disebabkan itu juga, warganet di media sosial turut menzahirkan rasa sedih mereka malah ada juga yang berkongsikan pengalaman bertemu dengan pelakon dan penyanyi yang mesra dipanggil sebagai Kak Dib.

“Terima kasih Kak Dib pernah bantu keluarga kami”

Tak kurang juga yang mendedahkan bahawa mereka pernah dibantu oleh Adibah Noor yang boleh dikatakan kerap retweet dan memberi maklum balas di Twitter sebagai inisiatif bantuan secara atas maya.

Seperti yang didedahkan oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Jefri di Twitter miliknya @jeppppppppppp_ yang turut bersedih dengan pemergian Kak Dib dengan quote semula tweet yang pernah dibuat pada 25 Julai 2021.

Dari tweet itu, Jefri berkongsikan keratan screenshot direct message (DM) yang diterima dari arwah selepas mendedahkan dirinya terpaksa menggunakan duit raya anak untuk membeli keperluan harian seperti susu dan juga ‘pampers’.

“Salam. Izinkan saya bantu topup balik duit raya anak encik. Please let me know how much and your account number. jangan segan k” – Tulis Adibah Noor

“Memang sangat terharu bila saya mention arwah, dia sanggup RT”

Perkongsian itu telah mendapat perhatian orang ramai selepas rata-rata berkongsikan tentang kebaikan Allahyarhamah Adibah Noor yang mereka sendiri terima di laman media sosial masing-masing.

image is not available

Min pun sampai sekarang agak terkesan dengan berita sedih ni… Sama-sama kita doakan semoga arwah ditempat di kalangan orang yang beriman, Aminnn…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.