“Ambe Takde Daya Nak Cegah” – PU Syed Kena Perli Sebab Tak Tegur Konsert Dewa 19

11 Sep 2022 • 10:35 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Pencetus Ummah (PU) Syed dikenali sebagai seorang penceramah bebas yang lantang menegur kemungkaran di Malaysia.

Sebelum ini, PU Syed membantah penganjuran konsert artis antarabangsa seperti Billie Eilish, Blackpink dan Justin Bieber.

Terbaru, penceramah ini diperli ‘double standard’ kerana tidak membuat sebarang bantahan terhadap konsert Dewa 19 yang berlangsung semalam.

image is not available

Dalam satu hantaran di Instagram, PU Syed bagaimanapun menjawab dia tidak mempunyai daya untuk membantah semua konsert yang diadakan.

Dia juga tidak bekerja untuk melihat setiap hari mana-mana konsert yang bakal diadakan di sini.

Ujarnya, adalah tidak wajar jika beliau digelar double standard kerana beliau pernah menegaskan mana-mana perbuatan mungkar dan mendatangkan dosa wajib dicegah. Tetapi beliau bukanlah sesiapa kerana tak ada kuasa.

Tambahnya, tugas-tugas ini bukan terletak di bahu ustaz sahaja tetapi kewajipan semua umat Islam.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.