PU Syed Ajak Berhimpun Bantah Konsert Blackpink Di Kuala Lumpur

Politics
22 Aug 2022 • 11:05 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Pendakwah bebas PU Syed sekali lagi mengusulkan untuk membantah konsert antarabangsa yang diadakan di Malaysia. Sebelum ini Syed bantah konsert Billie Eilish dan sekarang giliran kumpulan Kpop, Blackpick.

Memandangkan konsert kumpulan Kpop tu lambat lagi iaitu pada 4 Mac 2023, Syed bercadang untuk mengadakan himpunan bantahan sekiranya konsert itu masih diteruskan.

image is not available

Kerajaan wajib halang kumpulan ini menjejakkan kaki ke bumi Malaysia atau kami akan usahakan untuk buat himpunan bagi membantah kehadiran mereka ini.

Syed bersemangat ingin menghalang perkara ini kerana berpandangan ia boleh merosakkan akhlak dan menjadi tanggungjawabnya untuk selamatkan akidah umat Islam.

Peminat bukan Islam boleh pergi Korea

image is not available

Mac 2023 bukan lama lagi. Bermula daripada sekarang gerakkan untuk halang mereka ini, keselamatan akidah dan akhlak umat Islam perlu dijaga.

Peminat bukan Islam juga disyorkan untuk pergi sendiri ke Korea jika teringin sangat melihat Blackpink buat persembahan kata Syed.

Anjurkan ceramah besar-besaran

Apa kata tarikh konsert berlangsung kita anjurkan ceramah besar-besaran. Panggil ustaz popular dan kita tarik anak muda untuk menyertainya. Apatah lagi dah dekat bulan Ramadan. Semoga pihak berwajib dapat menghalang kemasukan mereka ke negara ini.

Jika konsert ini berlangsung tahun hadapan, ia merupakan penampilan kali kedua Blackpink di Malaysia selepas ia diadakan di Shah Alam pada Februari 2019.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.