Amber Heard Disahkan Saintis Miliki Wajah Paling ‘Perfect’ Dalam Dunia

Entertainment
23 Jun 2022 • 2:27 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Siapa je yang tak kenal dengan selebriti Hollywood, Amber Heard ni kan? Bekas isteri aktor Johnny Depp telah mencuri perhatian orang ramai di seluruh dunia apabila kalah kes saman bernilai RM65 juta.

Tapi, korang tahu tak sebenarnya pelakon yang terkenal menerusi filem Aquaman 1 ni mempunyai bentuk wajah paling ‘perfect’ dalam dunia? Senang kata, paling cantik dan paling sempurna lah…

Menurut sumber, ianya disahkan selepas disifatkan paras wajahnya mengikut piawaian saintifik yang dibangunkan sejak zaman Yunani purba menerusi formula khas oleh saintis Golden Ratio.

image is not available

“Paling sempurna secara matematik”

Golden Ratio menggunakan nisbah 1.618 sebagai perkadaran untuk mengenal pasti wajah paling sempurna di dunia. secara pengiraan matematik. Malah pada Mei 2021, seorang pakar bedah kosmetik Britain turut mengesahkan perkara itu ke atas wajah Amber.

De Silva juga telah melakukan analisis pada 12 titik penting di wajah Amber menggunakan teknologi pemetaan muka digital dan keputusannya meraih kadar peratus hampir sebanyak 92% bagi bahagian mata, hidung, bibir, dagu dan kepala.

“Amber yang pertama dan diikuti beberapa selebriti lain”

Hasil dari analisis itu menjadikan Amber di tempat pertama yang memiliki wajah paling sempurna di dunia dan diikuti pula dengan beberapa selebriti lain seperti Kim Kardashian sebab mempunyai kening yang ‘perfect’ manakala Emily Ratajkowski mempunyai bibir yang cantik.

image is not available

 

Bukan tu je, untuk selebriti lelaki pula, Robert Pattinson menggungguli senarai apabila turut meraih kadar peratus sebanyak 92.15%.

Min ni agak-agak nombor berapa lah pulak kan? Kena tunggu turn la nampaknya…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.