“Ambil Hyeri..” – Terpalit Kontroversi, Han Sohee Dilapor Telah Dibuang Sebagai Duta Bank Terkemuka

20 Mar 2024 • 12:15 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Dengan isu yang meningkat mengenai percintaan Han So-hee dan Ryu Jun-yeol, satu bank terkemuka Korea telah dilaporkan menggugurkan pelakon tersebut sebagai duta mereka.

Mengikut laporan media, NH Bank telah membuat keputusan untuk berpisah dengan Han So-hee selepas bekerjasama selama 3 tahun.

Di mana, bank itu dikatakan tidak akan memperbaharui kontrak mereka yang akan tamat pada bulan ini dengan pelakon tersebut, malah mereka juga sedang di dalam proses untuk mencari duta baharu.

Selepas perkara ini dilaporkan, rata-rata netizen telah menyuarakan pendapat mereka mengenai sebab mengapa bank tersebut tidak mahu memperbaharui kontrak mereka bersama Han So-hee.

image is not available

Malah, ada juga yang berpendapat bahawa ianya disebabkan oleh kontroversi hubungannya bersama dengan Ryu Jun-yeol.

Antara komen netizen ialah,

Boleh guna Hye-ri pula!

 

Patutnya semua jenama kena buat begini.

 

Macam mana dia boleh jadi duta bank?

 

Dari dulu lagi dia mempunyai imej yang tidak boleh dipercayai, saya terkejut bila dia dipilih jadi duta bank.

 

Dia kena buang dari bank?

Apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.