
Memang tidak dinafikan bahawa Hye-ri mempunyai keserasian hebat dengan Park Bo-gum dalam drama mereka “Reply 1988”.
Baru-baru ini, kecoh mengenai isu perpisahan Hye-ri dengan bekas kekasihnya Ryu Jun-yeol, yang sedang menjalinkan hubungan dengan Han So-hee kini.
Dalam pada itu, nama Park Bo-gum turut disebut memandangkan ada yang mendakwa bahawa pelakon lelaki itu sudah lama menyimpan perasaan kepada Hye-ri.
Hal ini kerana, netizen di China perasan Park Bo-gum masih menggunakan foto dirinya bersama wanita itu sebagai imej latar di akaun Weibo rasminya.

Untuk pengetahuan, ia adalah gambar watak mereka Choi Taek dan Deok-sun dalam “Reply 1988” dan sudah hampir sedekad sejak Park Bo-gum menggunakan gambar itu di akaun Weibonya.
Namun, ramai yang menganggap spekulasi ini tidak masuk akal kerana Park Bo-gum berkemungkinan terlupa kata laluan akaun Weibonya, apatah lagi teringat untuk menukar foto berkenaan.
Kebetulan je kot.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post Dah Lama Beri Petunjuk, Netizen Dakwa Hampir 10 Tahun Park Bogum Simpan Perasaan Pada Hyeri? first appeared on KimchiDaily.my.

