Ambil langkah serius tangani isu harga barangan asas: Bung

LocalPolitics
19 Jan 2025 • 12:37 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Winnie Kasmir

KINABATANGAN: Kerajaan Sabah diseru mengambil langkah serius untuk membantu meringankan beban rakyat, khususnya dalam menangani isu harga barang keperluan asas, terutamanya harga ayam segar.

Ketua Umno Sabah yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin menyatakan perkara tersebut berikutan perbezaan ketara antara harga ayam segar bulat di Sabah dengan Semenanjung.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Sebagai contoh, harga ayam segar bulat atau ayam proses di seluruh Semenanjung, termasuk di kawasan pedalaman Pantai Timur, hanya sekitar RM7 hingga RM9 sekilogram.

“Namun, di Sabah, saya hairan harga ayam segar berbeza mengikut lokasi dan pembekal. Secara purata, harganya berada pada kadar RM12 hingga RM15.50 sekilogram, malah ada yang mencecah RM16.50 sekilogram.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Ini adalah harga pada hari biasa, bukan semasa musim perayaan,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Pada November 2023, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk James Ratib, menjelaskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri Sabah bahawa antara punca harga ayam di Sabah lebih tinggi berbanding Semenanjung adalah perbezaan enakmen dan akta yang dilaksanakan di Sabah. Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); Menurut beliau, pengusaha di Semenanjung boleh mengimport ayam dari luar negara seperti Poland.

Namun, katanya, untuk melindungi Sabah daripada penyakit bawaan haiwan, import ayam ke Sabah adalah terhad, menyebabkan bekalan ayam di Sabah menjadi kurang.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Beliau turut menyatakan bahawa kos makanan ayam di Sabah tinggi kerana bahan mentah perlu diimport dari Semenanjung menggunakan kapal laut, yang menambah kos operasi.

“Di sini saya ingin menegaskan bahawa di Semenanjung terdapat 10 negeri yang menternak ayam secara besar-besaran, termasuk menetaskan telur untuk menghasilkan anak ayam sendiri.

“Saya tidak mendengar sebarang keperluan mereka untuk mengimport ayam secara besar-besaran, melainkan ia adalah ayam sejuk beku, jika ada.

“Bagi kos makanan ayam atau dedak, Sabah sebenarnya berpotensi besar untuk menghasilkan bekalan sendiri secara berskala besar tanpa perlu bergantung kepada pembekal dari Semenanjung,” tambahnya.

Justeru, Bung mencadangkan agar pihak berkenaan menjalankan lawatan ke negeri-negeri di Semenanjung untuk mempelajari kaedah mereka mengawal harga ayam secara efektif.

Selain itu, peranan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) juga diperlukan untuk membuat pemantauan dan kawalan harga ayam yang dilihat tidak dapat terkawal di Sabah, kata Bung.

Sebagai tambahan, Bung juga ingin memberi peringatan tentang isu Projek Jalan Pan Borneo sering diberi perhatian, tetapi jalan sedia ada yang rosak tidak diperbaiki dan menyebabkan rakyat Sabah terus sengsara.

“Saya berharap Kerajaan Sabah dapat segera mencari penyelesaian terhadap masalah-masalah ini. Jangan biarkan rakyat terus terbeban,” katanya.