
Sugut: Budaya memainkan isu kebencian terhadap pemimpin, kaum atau agama, bukan amalan rakyat Sabah kerana ia boleh menjejaskan keharmonian hidup bermasyarakat, kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib.
Sehubungan itu, rakyat negeri ini diseru untuk terus mengekalkan keharmonian hidup bermasyarakat selaras dengan semangat toleransi antara kaum dan agama di Sabah.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Salah satu contoh tidak relevan yang dibawa ke sini ialah tindakan salah seorang pereka grafik, Fahmi Reza yang sengaja memburukkan imej Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah (Tun Musa Aman) dengan rekaan lukisan yang mengarut,” tegasnya.
Beliau berkata, tindakan individu itu bukan sahaja menghina institusi tertinggi kerajaan negeri, malah cuba menghasut rakyat dengan budaya ekstremis yang merosakkan keharmonian.
