“Ambil Mahathir Sekali” – Doakan Kematian Haji Hadi & Tun M, PMX Gesa Individu Mohon Maaf Dengan Segera

Politics
2 Jul 2023 • 1:02 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan rasa kesal dengan tindakan seorang pengguna Twitter yang mendoakan kematian Presiden PAS, Tan Sri Haji Abdul Hadi Awang.

Menerusi ciapan Twitter Anwar, dia mengarahkan individu itu untuk memohon maaf di atas kenyataan melampaunya itu di aplikasi yang sama.

image is not available

Individu itu didapati telah menghina sikap Hadi Awang dan berdoa agar Allah S.W.T segera mengambil nyawa Hadi dan juga mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

image is not available 6 days ago

Mahkamah Bebaskan 17 Individu Didakwa Rusuh Di Kuil Sri Maha Mariamman

Saya membantah dan kesal dengan ciapan biadab Zaki Yamani dan mengarahkan beliau untuk memohon maaf dengan kadar segera – Anwar

Terdahulu, anak lelaki kepada Presiden PAS itu, Muhammad Khalil Abdul Hadi memaklumkan bahawa bapanya mengalami kemerosotan kesihatan dan sedang dipantau doktor di Hospital.

Khalil juga memohon orang ramai untuk mendoakan agar kesihatan bapanya kembali pulih seperti biasa.