PM Gesa Individu Buat Ciapan Biadab Berhubung Kesihatan Presiden Pas Mohon Maaf

Politics
2 Jul 2023 • 11:40 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

PM Gesa Individu Buat Ciapan Biadab Berhubung Kesihatan Presiden Pas Mohon Maaf

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa seorang pengguna media sosial yang membuat ciapan biadab terhadap keadaan kesihatan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, supaya memohon maaf dengan segera.

Anwar menerusi ciapan di Twitter lewat malam tadi, turut menyatakan kekesalan berhubung tindakan individu berkenaan.

“Saya membantah dan kesal dengan ciapan biadab lelaki itu dan mengarahkan beliau untuk memohon maaf dengan kadar segera,” katanya.

Akaun Twitter lelaki itu menerusi ciapannya semalam, mendoakan supaya Abdul Hadi, yang dilaporkan sedang mendapat rawatan di hospital, supaya diambil nyawanya.

Lelaki itu turut berharap perkara yang sama, berlaku kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sehingga pagi ini, individu berkenaan masih tidak memadam ciapan itu serta tidak memohon maaf.

Semalam, Muhammad Khalil, anak Abdul Hadi menerusi hantaran di laman Facebooknya memohon doa orang ramai dan solat hajat khusus untuk kesembuhan pemimpin PAS berkenaan, yang kini menerima rawatan dan pemantauan lanjut oleh pihak doktor di hospital.

Sumber: BERNAMA