Ambil maklum! Negeri Sembilan wartakan pemecatan Mubarak dan Maarof

LocalPolitics
28 Oct 2026 • 6:12 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kerajaan Negeri Sembilan secara rasmi mewartakan pemecatan dua Undang yang sebelum ini menjadi pertikaian, sekali gus mencetuskan perkembangan baharu dalam kemelut institusi adat negeri berkenaan.

Berdasarkan dokumen pewartaan bertarikh 23 Oktober, Datuk Mubarak Thahak diberhentikan daripada jawatan dan gelaran sebagai Undang Luak Sungei Ujong ke-10 berkuat kuasa 13 Mei 2025.

Sementara itu, Datuk Maarof Mat Rashad turut dipecat sebagai Undang Luak Jelebu ke-16 dengan tarikh kuat kuasa 31 Mei 2023.

Image from: Ambil maklum! Negeri Sembilan wartakan pemecatan Mubarak dan Maarof

Setiausaha Dewan Keadilan dan Undang (DKU), Raja Norazli Raja Nordin mengesahkan kewujudan dokumen pewartaan tersebut ketika dihubungi Sinar Harian.

Beliau turut mengesahkan pemecatan Datuk Badarudin Abdul Khalid sebagai Dato’ Shahbandar Sungei Ujong, iaitu jawatan yang berperanan mengimbangi kuasa Undang di Luak Sungei Ujong.

Menurut dokumen berkenaan, keputusan pemecatan dibuat berlandaskan hukum adat selepas memenuhi syarat kebulatan luak masing-masing.

Dalam masa sama, pewartaan tersebut turut mengiktiraf pemasyhuran Datuk Muhammad Faris Johari sebagai Undang Luak Sungei Ujong baharu dan Datuk Hassan Ab Hamid sebagai Undang Luak Rembau baharu.

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir  waves to Muslim congregants after Friday prayers at Masjid Qaryah Paroi Jaya in Seremban, October 2, 2026. — Bernama pic

Pengiktirafan terhadap Hassan sekali gus mengetepikan kedudukan Abdul Rahim Yasin yang sebelum ini merupakan antara Undang Yang Empat yang mengumumkan pemecatan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada 19 April lalu.

Dokumen itu turut menyatakan bahawa pewartaan berkenaan dibuat atas perintah Tuanku Muhriz.

Susulan perkembangan tersebut, Undang Johol, Datuk Muhammed Abdullah dilaporkan menjadi satu-satunya Undang yang tidak sehaluan dengan Tuanku Muhriz, namun kedudukannya tidak dipertikaikan.

Sumber: Sinar Harian

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved