Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Selalunya, kita dengar kes gangguan seksual berlaku apabila mangsa dan pemangsa bersemuka. Namun kadangkala, ia juga boleh berlaku meskipun mereka tidak pernah berjumpa atau mengenali antara satu sama lain.
Baru-baru ini, seorang pekerja wanita berkongsi yang syarikat tempatnya bekerja telah mengadakan satu temu duga kerja bagi mengambil pelajar praktikal (internship) pada minggu lalu.
Namun apa yang mengejutkan adalah kriteria pemilihan oleh seorang staf lelaki di sana dalam memilih intern.
“Kalau Perempuan Cantik Ambil Je Terus” – Staf Lelaki
Dakwanya, staf lelaki itu kerap kali menyebut sekiranya calon yang datang adalah perempuan cantik, maka mereka harus terus mengambilnya tanpa mengambil kira keputusan ujian pengambilan.
“Kalau perempuan cantik, ambil je terus. Ujian betul ke tidak, ambil je. Selalu perempuan cantik ni pandai, kalau tak cantik macam tak pandai sangat,” kata lelaki itu seperti yang didakwa pekerja wanita tersebut.
‘Ambil Intern Yang Ni La, Badan Padu’ – Staf Lelaki
Lebih mengejutkan wanita itu mendakwa selepas sesi temu duga berakhir, lelaki terbabit mencadangkan seorang calon berdasarkan kriteria pada rupa dan turut membuat komen seksual dengan menyentuh tentang bentuk badannya.
“Lepas interview, diorang tengah nak putuskan nak ambil yang mana, lepas tu lelaki tu cakap ‘Ambil yang ni la, badan padu, muka cantik’,” katanya.
View on Threads
“Tolonglah Cakap Yang Ni Gangguan Seksual” – Pekerja Wanita
Apa yang membuatkan wanita itu berasa lebih kecewa dan geli apabila lelaki tersebut selalu menjaga solatnya malah sudah mempunyai isteri dan juga anak.
Wanita itu dalam hantarannya turut meminta pandangan netizen, sama ada perbuatan mengeluarkan komen-komen lucah terhadap calon praktikal itu adalah gangguan seksual atau pun tidak dan adakah ianya normal.
Di ruangan balas, wanita itu turut memberi sedikit nasihat untuk calon-calon praktikal di luar sana yang mahu mencari tempat kerja selepas ini termasuklah dengan tidak melayan mana-mana staf lelaki yang cuba menggatal.
Namun dia menjelaskan rakan sekerjanya itu hanyalah seorang pegawai berjawatan dan bukannya bos syarikat mereka seperti yang disangkakan segelintir netizen.
Gangguan Seksual Secara Lisan Di Tempat Kerja
Untuk info, menggunakan bahasa lucah semasa berbual, berjenaka, memberi komen, memuji atau mengajukan soalan secara seksual ke atas penampilan, pakaian, tingkah laku serta tubuh badan adalah satu bentuk gangguan seksual secara lisan.
Meskipun sudah masuk tahun 2026, namun isu ini masih belum dapat diatasi.
Di bawah Seksyen 80H, Akta Kerja 1955, majikan wajib meletakkan poster kesedaran gangguan seksual di ruangan terbuka seperti di papan notis pekerja, laluan masuk pejabat atau tempat yang mudah dilihat oleh pekerja.
Netizen Bimbang Sekiranya Calon Intern Itu Diambil Bekerja
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai menegaskan bahawa ia memang satu gangguan seksual, bahkan berasa risau sekiranya pelajar wanita itu terpilih untuk menjalani latihan praktikal di sana.
“Tu memang gangguan seksual. Budak tu tak masuk lagi dah dapat komen tentang badan dia. Bayangkan bila dah masuk, awak nak budak tu trauma ke? Jadi tolong sokong dia dan tegur perangai staf lelaki tu,” kata seorang wanita.
Beauty Privilege Masih Wujud Di Tempat Kerja
Malah ramai juga bersetuju bahawa pretty privilege dan diskriminasi masih wujud dalam persekitaran tempat kerja.
“Sumber Manusia (HR) aku nak tengok gambar orang dekat resume masa nak interview. Mana yang cantik semua dia panggil untuk temu duga. Masuk HR dengan Admin. Siapa yang kurang sikit, letak dia dekat Production,” ujar seorang pengguna Threads.
‘Bos Tolak Permohonan Calon Yang Layak, Akhirnya Staf Dipilih Sebab Muka Cantik Yang Selalu Buat Hal’ – Netizen
Sementara itu, ada juga yang berkongsi kisah staf yang diambil bekerja kerana cantik, namun akhirnya selalu buat hal
“Ni kisah bekas bos saya dulu. Dia interview seorang perempuan ni, kira cantik la. Masa tu ada calon lain juga. Pengurus lain nak pilih lagi seorang ni sebab memang layak. Akhirnya, ikut cakap bos juga nak ambil yang cantik tu dan last-last buat hal.
“Selalu hilang (MIA), ambil cuti sakit (MC), selalu cuti kecemasan (EL). Kira tak perform la sebab kerja tak jalan. Pasukan pun banyak mengadu,” kongsi seorang warganet.
Berikut antara komen-komen netizen:





Baca Artikel Berkaitan: “Geram Tengok…” – Teguran Rakan Sekerja Tentang Cara Pemakaian Buat Wanita Tak Selesa
Baca Artikel Berkaitan: Penjawat Awam Boleh Dikenakan Tindakan Sekiranya Panggil Rakan Sekerja “Sayang” Atau “Dear”
Baca Artikel Berkaitan: KP Agensi Keselamatan Didakwa Lakukan Gangguan Seksual, PDRM Jalankan Siasatan
