Ambil Perhatian! Ini 14 Kawasan ‘Hotspot’ Gempa Bumi Di Malaysia

LocalEnvironment
23 Oct 2025 • 9:20 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Pada tahun ini sahaja, beberapa kali kita terdedah kepada kejadian gempa bumi. Sehubungan itu, kerajaan telah mengenal pasti sebanyak 14 kawasan dalam senarai hotspot gempa bumi.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, yang kini menjalankan tugas sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkata, jumlah tersebut berdasarkan kajian dijalankan pihaknya.

Beliau berkata, kawasan terbabit ialah Ranau dan Lahad Datu (Sabah); Niah (Sarawak); Bukit Tinggi dan Janda Baik (Pahang); Batang Kali dan Ulu Yam (Selangor).

Kawasan lain di Kuala Pilah (Negeri Sembilan); Kenyir (Terengganu); Manjung dan Temenggor (Perak); serta Mersing, Segamat dan Batu Pahat (Johor).

image is not available

Senarai itu dikeluarkan menerusi kemaskini data terkini susulan perubahan iklim dan gempa bumi yang berlaku, selain pembinaan bangunan di negara ini tahan kepada gempa bumi.

Menurut Johari, ‘Malaysia National Annex to Eurocode 8: Part 1 – General Rules, Seismic Actions and Rules For Buildings’ telah diterbitkan oleh Jabatan Standard Malaysia.

Jelas beliau, penerbitan itu dapat memastikan reka bentuk, tahap gempa dan mitigasi kejuruteraan yang bersesuaian untuk diambil kira dalam pembangunan kawasan berisiko.

Katanya, pemaju yang mahu membuat pembangunan perlu melihat kepada kawasan panas berkenaan dan merujuk kepada standard ditetapkan dengan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.