“Ambil Sahaja” – Lelaki Raih Pujian, Buka ‘Free Market’ & Sediakan Baju Melayu Percuma Untuk Yang Memerlukan [Video]

19 Mar 2025 • 5:01 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Tidak dinafikan, masih ada segelintir peniaga di Malaysia yang meletakkan harga tinggi demi meraih keuntungan lebih.

Namun, ada juga individu berhati mulia yang sanggup berkongsi rezeki dengan memberikan barangan secara percuma kepada mereka yang memerlukan.

Baru-baru ini, tular kisah seorang lelaki yang menganjurkan ‘free market’ di Bazar Ramadan Yayasan Johor, di mana dia menyediakan baju Melayu secara percuma untuk golongan kurang mampu.

Sediakan Baju Melayu Percuma Untuk Orang Ramai

Menerusi perkongsian di laman TikTok (@mufarizam), video yang tular itu memaparkan suasana di pasar percuma tersebut yang menarik kehadiran ramai orang, terutamanya golongan warga emas.

Kelihatan pakcik-pakcik dan makcik-makcik memilih pakaian yang disediakan, ada yang tekun membelek baju, malah ada juga yang meminta pendapat pasangan mereka sebelum membuat keputusan mengambil baju yang disediakan.

Selain baju Melayu, terdapat juga jubah dan pakaian lain dalam pelbagai saiz serta warna, membolehkan lebih ramai orang menerima manfaat daripada inisiatif ini.

@mufarizam

“Kecil Bagi Kita Tapi Besar Buat Mereka” FREE MARKET BAJU MELAYU TERPAKAI 2025 #fyp #fypage #fypp #foryou #foryoupage #bajumelayu #terpakai #bazar #johor #swcorpmalaysia

♬ original sound – ACHIK AFIQ 06 – Achik Afiq 06
Tonton video penuh [DI SINI].

Ramai Terharu Dengan Inisiatif Lelaki Ini, Mahu Sama-Sama Beri Sumbangan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berterima kasih atas inisiatif murni ini yang sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang memerlukan.

image is not available
Sumber: TikTok @mufarizam

image is not available
Sumber: TikTok @mufarizam

image is not available
Sumber: TikTok @mufarizam

Tidak kurang juga yang terinspirasi untuk melakukan perkara sama, malah ada yang bertanya di mana mereka boleh menyumbangkan baju terpakai untuk diberikan kepada orang lain.

image is not available
Sumber: TikTok @mufarizam

Baca Artikel Berkaitan: Benarkah