Ambil tindakan kenderaan bawa muatan bahaya - Zaiham

12 Jul 2024 • 6:26 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tangkapan layar menunjukkan penunggang motosikal cedera ketika melalui jalan Kuala Lumpur selepas Genting Sempah susulan batu bata yang terjatuh.

KUANTAN - Polis Bentong meminta pihak berkuasa dan berwajib mengambil tindakan terhadap kenderaan berat yang membawa muatan berbahaya.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, trend bawa muatan berbahaya ini khususnya batu-bata antara yang biasa dilihat di atas jalan atau pun lebuh raya.

"Saya yakin kenderaan ini 'tiada laluan' lain untuk mengambil dan hantar muatan ini.

"Jadi, mereka hanya ada pilihan guna Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau turut memaklumkan jalan lama Bentong-KL bukan pilihan utama kerana faktor jalan dan laluan yang sempit.

Sebelum itu, tular satu rakaman video yang memaparkan batu-batu bertaburan di laluan yang menghala ke Kuala Lumpur selepas Genting Sempah.

Rakaman yang berdurasi 26 saat itu turut memaparkan penunggang motosikal yang mengalami kecederaan

Mengulas mengenai kejadian itu, Zaiham berkata, tiada laporan lengkap dapat diberikan memandangkan kejadian berlaku di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved