Ambil tindakan tegas terhadap pembuli di sekolah: Fairuz

LocalPolitics
19 Jul 2025 • 12:40 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Noor Zafira Zayn

Kota Kinabalu: Pembantu Menteri Belia dan Sukan Datuk Fairuz Renddan menggesa pihak bertanggungjawab khususnya pihak sekolah untuk mengambil tindakan tegas terhadap pembuli di sekolah.

Beliau berkata jika berlaku kejadian buli di sekolah, pelakunya perlu diberi pengajaran keras dan pihak bertanggungjawab perlu segera menyelesaikannya.

“Tidak wajar jika pembuli yang tidak bermoral terus dilindungi identiti, cuma kerana dia juga seorang pelajar.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Jika hari ini dia buli rakan sekolah, esok bila dewasa dan keluar dari alam persekolahan, apa dia mahu jadi? Siapa dia mau buli?

“Inilah bibit-bibit sifat penjenayah yang kelak boleh merosakkan keharmonian dalam institusi masyarakat kita,” katanya dalam kenyataan, di sini, pada Jumaat.

Menurut Fairuz, kejadian buli yang sering berulang tanpa episod penamat adalah umpama duri dalam daging yang perlu dihentikan demi kesejahteraan dan keselamatan pelajar di sekolah.

“Kita hantar anak-anak ke sekolah untuk belajar, mencari ilmu, bergaul berkawan sesama mereka dan berusaha keras mengejar cita-cita menjadi anak bangsa berguna.

“Apa guna jika wujud segelintir virus perosak seperti golongan pembuli ini dan pihak bertanggungjawab dan sekolah mendiamkan diri, melindungi mereka dan dan keluarga mangsa perlu bersedih kerana keadaan yang sangat tidak adil ini?,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial berhubung kejadian seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu SMA Tun Datu Mustafa Limauan di Papar, meninggal dunia setelah terjatuh daripada tingkat tiga sekolah itu, Rabu lalu.

Mangsa dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 1 (HQEI) untuk mendapatkan rawatan dan disahkan meninggal dunia pada Khamis malam.

Fairuz menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa.

“Saya seorang bapa dan bila ada kejadian seumpama ini, saya sedih, saya bayangkan anak-anak saya di sekolah.

“Semoga keadilan dapat ditegakkan, jangan lindungi pembuli, jangan terus biarkan budaya buli wujud dalam komuniti anak-anak kita di sekolah, hentikan semua ini, ambil tindakan wajar secara tuntas,” katanya.