“Ambillah Bumi Ni, Kami Pindah..” – Ramai Gembira Lihat Momen Mesra Ina Naim Dan Suami Baru

LocalEntertainment
23 Nov 2024 • 5:31 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
ina naim

Sejak bernikah pada 8 November lalu, pasangan bahagia Ina Naim dan Mohd Khairul Rizal sering menjadi bualan netizen.

Terbaharu, sebuah video TikTok oleh @Daddy MKR menunjukkan mereka meluangkan masa mesra di Sugeh Hill Resort milik usahawan Datuk Seri Aliff Syukri.

Ina Naim dan suami main buaian tapi buat ramai tersenyum sendiri…

Dalam video tersebut, Khairul Rizal menunjukkan cara bermain buaian dengan betul sambil bergurau mesra bersama Ina.

Reaksi ini mencuri perhatian netizen, malah ada yang berseloroh mahu “berpindah ke planet lain” kerana kecomelan pasangan ini.

Teguran & doa netizen buat Ina Naim dan suami…

Namun, ada juga individu yang menasihat Ina agar tidak terlalu menonjolkan kebahagiaan kepada umum kerana risau terkena penyakit Ain.

Walau bagaimanapun, ramai juga mendoakan agar rumah tangga mereka kekal bahagia dan dirahmati hingga ke jannah.

Perjalanan hidup Ina Naim

Sebagai info, Ina pernah mendirikan rumah tangga dengan arwah Suhaimi, bekas anggota kumpulan nasyid Inteam, pada 2007.

Pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata sebelum Suhaimi meninggal dunia akibat masalah kesihatan pada 15 November tahun lalu.

#OhmediaNasihat

Kebahagiaan adalah anugerah tetapi kita juga perlu bijak berkongsi agar tidak timbul salah faham. Apa pun, semoga rumah tangga Ina dan Khairul Rizal sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang!

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: TikTok