“Jangan rosakkan dia ye!” – Netizen ‘Warning’ Aliff Syukri, Jangan Buat ‘Content Pelik’ Dengan Ina Naim

Entertainment
21 Nov 2024 • 3:34 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Penyanyi dan selebriti media sosial terkenal, Ina Naim kini dilihat semakin ‘rancak’ berniaga di media sosial, lebih-lebih lagi selepas dia selamat diijab kabul dengan pilihan hatinya, Khairul Rizal.

Terbaru, Ina menerusi laman TikTok miliknya memuat naik sebuah video bersama suaminya dan usahawan kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri.

Menerusi kapsyen video tersebut, Ina seolah-olah memberitahu bahawa Ina atau nama penuhnya Nordiana Mohd Naim bakal berkolaborasi dengan jenama D’Herbs milik Datuk Aliff Syukri.

@inasuhaimi78

Nantikan kak ina dan abg Khairul di tiktok @papalarisofficial

♬ APT. – ROSÉ & Bruno Mars

“Nantikan kak ina dan abg Khairul di tiktok @papalarisofficial,” tulisnya.

Ruangan komen video tersebut meriah dengan kata-kata netizen, meskipun ramai yang memuji kecantikan Ina dalam video tersebut namun ramai juga yang berharap agar Aliff Syukri tidak mengubah dan menjaga karakternya yang sopan itu.

image is not available

Pun begitu, ramai juga netizen yang merasakan mungkin itu merupakan salah satu cara untuk Ina mencari rezeki buat keluarganya.

Tidak kurang juga ramai yang mendoakan agar Ina dan suami barunya itu sentiasa dalam kebahagiaan.

Tapi Ina memang makin lawa ye!

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.