Ambulans bawa pesakit nazak dihalang, kenderaan VIP diutamakan

WorldPolitics
6 Oct 2026 • 6:34 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Ambulans bawa pesakit nazak dihalang, kenderaan VIP diutamakan

JAKARTA – Sebuah video tular di  Indonesia memaparkan detik cemas dan kemarahan seorang lelaki apabila ambulans membawa bapanya yang sedang nazak dihalang  bagi memberi laluan kepada konvoi kenderaan pegawai kerajaan, lapor halaman berita Kompas.

Kejadian berlaku di kawasan Lubang Buaya, Jakarta Timur pada Khamis lalu semasa laluan disekat bagi acara rasmi negara.

Dalam rakaman itu, seorang penunggang motosikal memakai baju kelabu dan topi hitam dilihat menjerit ke arah kenderaan rasmi yang sedang beratur menuju ke kawasan Monumen Pancasila Sakti.

“Bapak saya sudah nazak, sudah hendak meninggal dunia, bagi jalan. 

“Bagi jalan untuk rakyat, yang kaya makin kaya, yang susah makin susah,” jerit lelaki itu  ke arah konvoi kenderaan.

Dia dipercayai  mengiringi ambulans yang membawa bapanya menuju ke hospital berdekatan.

Pihak berkuasa tempatan mengesahkan kejadian tersebut. 

Ketua Polis Sektor Cipayung, AKP Elka Rudolf menjelaskan bahawa penutupan jalan hanya bersifat sementara bagi mengawal keselamatan laluan orang kenamaan.

Insiden tersebut mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial Indonesia, dengan rata-rata netizen mengkritik keutamaan laluan bagi pegawai kerajaan berbanding kes kecemasan melibatkan nyawa rakyat biasa. – AGENSI

 

The post Ambulans bawa pesakit nazak dihalang, kenderaan VIP diutamakan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved